Tuesday, 2 July 2013

Cara mengatasi Suami Baran

Sebilangan isteri amat tertekan mnghadapi kekejangan rumahtangga bila Allah kurniakan suami yg berhati degil,ego terlampau tinggi,baran tak tentu pasal,gemar mncari kesilapan isteri dan gemar memarahi isteri sebagai sandalan amarah pada orang lain

Walhal;suami sebegitu sebenarnya menghadapi krisis identiti zaman kecilnya yg dipenuhi dgn perbandingan,pilih kasih,maki hamun dan pelbagai lagi aura negatif yg menyelinap ke jiwanya

Kesannya dia menjadi seorang yg berjiwa amat sensitif sehingga kebaranan itu mengatasi sifat terpujinya yg lain

Perbincangan mengapa adalah utk menyoroti punca utama mengapa suami bersikap sedemikian dan seterusnya akan saya bincangkan cara mengatasi dan menangani masalah suami sebegini

Jgn risau;Allah pilih anda utk berjihad ke Syurga kerana suami sebegini;insha Allah andai anda melepasi ujian ini dgn tenang redha bijak dan sabar;pasti anda bahagia

Selamat membaca sahabatku!

Monday, 1 July 2013

Pujian Allah atau manusia


Sahabatku yg kusayangi kerana Allah Taala

Andai hidupmu hanya mengharapkan pujian dan penghargaan manusia;percayalah kelak kamu mnjadi manusia yg paling hina

Mengapa?

Manusia sifatnya pelupa
Hari ini di puji dan dihargai kita
Mungkin tidak pd esoknya
Adalah kerana kita tersilap melakukan kesilapan besar mahupun kecil
Telah itu,habis 1001 kebaikan dimamah dgn 1 kesilapan

Oleh itulah,melakukan sesuatu kerana mengharapkn pujian dan penghargaan manusia tergolong dlm golongan kumpulan syirik kecil yakni syirik yg tersembunyi

Natijahnya,satu amalanpun Allah tak pandang

Kenapa?

Yang menilai amalan kita adalah yg Maha Berkuasa ; Allah Ya Khaliq

Yang memberi ganjaran di atas amalan kita adalah yg Maha Penyayang ; Allah Ya Rahim

Yang memberikan keampunan biarpun kita punyai sejuta dosa adalah yg Maha pengampun ; Allah Ya Ghaffur

Jd mengapa perlu mngharap pujian,penghargaan dan kasih sayang manusia ?

Percayalah;setiap kali melakukan sesuatu maka teruskanlah mendidik hati;

"Ya Allah;pandangla aku,rahmati dan kasihilah aku dgn pandangan rahmat mu,maka redhailahku,ganjaranknku dgn pahala yg setimpalnya dan binakanlah rumah di syurga utk setiap apa yg aku lakukan"

Cubalah!

Anda akn rasa sgt tenang dan bahagia biarpun tiada manusia memuji atau menghargainya bahkan lebih sadis;dia mengutuk,mencerca dan menghina;hati rasa sejuk sahaja;bahkan rasa Allah itu sgt dekat;Maha Melihat segala kesusahan

Rumahtangga

Alam rumah tangga adalah alam ujian.Akan saya sertakan tips utk kita sama2 praktis

Selamat membaca!